Duniaku Sihat Mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Pembaca Muslimin Muslimat.

Duniaku Sihat Mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Pembaca Muslimin Muslimat.

OVARIAN CYST SEMASA HAMIL

OVARIAN CYST SEMASA HAMIL


Biasa kita dengar sukar hamil jika ada cyst. Bagaimana pula kalau sedang hamil tapi baru tau ada cyst? Cyst yang muncul semasa kehamilan...mana-mana wanita pun tak nak benda ini 'hidup' dalam badan. Ada kajian menunjukkan 75% wanita akan mengalami cyst dalam seumur hidup mereka. 

Apa itu Ovarian Cyst?


Ovarian Cyst merupakan kantung yang mengandungi cecair yang berlaku dalam satu atau kedua-dua ovari. Ovari ada dua organ yang berbentuk kacang dan mengeluarkan telur.

Kebiasaan wanita mengalami Ovarian cysts dan kebanyakannya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan melainkan cyst tersebut besar atau mengakibatkan gejala yang kronik. Jika satu ovarian cyst didapati semasa kehamilan, ia biasanya tidak menyebabkan anda atau bayi anda menghadapi sebarang masalah.

Ada dua jenis ovarian cysts yang biasa ditemui iaitu :

1. Follicular cysts

Ovari mengeluarkan telur setiap bulan iaitu semasa proses kitaran haid. Pada setiap kitaran, beberapa kantung-kantung mengandungi telur mula matang. Setiap folikel dipenuhi dengan bendalir yang memelihara telur. Folikel terbesar meledak dan mengeluarkan telur dan dipanggil proses pengovulan. Follicular cysts akan terbentuk apabila telur tidak dikeluarkan, atau folikel meledak tetapi tidak keluar dari ovari dan ia terus mengisi ovari dengan bendalir. Jika ini berlaku, bendalir terus berkembang dan Follicular cysts terbentuk. Cyst seperti ini biasanya bersaiz kecil tetapi boleh tumbuh sehingga 5cm (2in) atau 6cm (2.4in).

2. Luteal cysts

Luteal cysts adalah ovarian cyst yang biasa didiagnos oleh doktor. Berlaku sekiranya folikel berjaya pecah , dan telur telah dibebaskan tetapi bekas kosong (corpus luteum) ditinggalkan. Kadang-kala ia berisi dengan bendalir atau darah dan boleh berkembang kepada 6cm (2.4 in). Luteal cysts mengambil masa beberapa bulan sebelum menghilang dan tidak memerlukan rawatan, tetapi ada juga kes Luteal cysts pecah, dan menyebabkan pendarahan dalam perut anda.


Gejala dan rawatan cyst

Cyst boleh bertahan lebih lama dan terus bercambah tanpa disedari. Antara gejala cyst seperti berikut :
  1. Kesakitan dalam perut atau pinggul.
  2. Perut kembung atau bengkak.
  3. Rasa tekanan di bahagian usus atau pundi.
  4. Ketidakselesaan usus, atau kerap membuang air kecil.
Jika anda mempunyai cyst semasa mengandung, anda akan menjalani imbasan ultrabunyi tambahan untuk mengawasi perkembangan cyst semasa kehamilan.

Jika cyst terus berkembang atau ianya menyebabkan banyak gejala kesakitan, anda memerlukan nasihat dan pemeriksaan lanjut doktor. Kebanyakkan doktor akan menunggu sehingga kehamilan pada trimester kedua sebelum membuang sista kerana pembedahan di awal kehamilan mungkin meningkatkan risiko keguguran.

Bagi sesetengah kes, cyst boleh menjadi berpintal @ twisted (torsion). Jika ini berlaku, anda mungkin sangat tidak sihat , dan ovari boleh mengalami kerosakan. Anda akan dinasihatkan menjalani pembedahan membuang cyst tanpa mengira peringkat kehamilan pada tahap tersebut.

Cyst di awal kehamilan boleh dibuang menggunakan pembedahan 'Keyhole Surgery' (laparoscopy). Bagaimanapun, jika cyst bersaiz besar atau di akhir kehamilan, doktor anda akan membuat satu potongan pada perut anda atau laparotomy.

Pengambilan GLA Complex dari sekarang dapat mengurangkan risiko terkena cyst untuk wanita yang belum hamil kerana ianya dapat menstabilkan hormon. Untuk yang hamil pula, anda dinasihatkan mengambil Vitamin C dan Omega. Bukan je untuk mengecutkan cyst malah mencegah langsung dari membiak. GLA Complex akan bertindak untuk membetulkan kitaran hormon anda. EPO saja tak cukup sebab GLA Complex ada 3x lebih baik daripada EPO. Pilihlah mencegah dan jangan abaikan pesanan ini sebab bila penyakit dah 'hinggap', sakitnya tidak terhingga. 



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

*Harga di atas tidak termasuk harga pos RM10.60 (Semenanjung), RM21.20 (Sabah/Sarawak).


Kredit/Sumber: Pakar obstetrik dan Pakar sakit puan BabyCentre (Hamed Al-Taher)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...